Super Happy Smiley

Friday, 23 March 2012

rajin dan tak rajin...


Colbie Caillat_Bubbly

assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh
mood weather : bahasa perasaan...biasa tapi berbisa !


whoa !!!
marah nampak....

tapi yang penting itu bukan aku
tapi anak smiley aku yang cepat sgt emosi
disebabkan tempias besar drpd tuan nya
kehkehkeh

mesti pelik kan title entry aku nih
rajin dan tak rajin
kenapa tak tulis
rajin dan malas
ye tak?

dalam kamus besta hidup aku  *cewahh
tiada perkataan malas yang wujud
cuma rajin dgn tak rajin je
kalau ada sikap malas
memang kau tak hidup la
nak bernafas pun malas kan

aku dgn sepenuh hati membuat entry ni
sebab aku rasa dah tak tahan nak meluahkan
perasaan bengang aku dgn orang yang asyik tahu nak mengeluh je
*orang yang dengar pun dah penat tau. see, kan dah join mengeluh sekali !

cerita berikut tidak terlalu bersangkut paut dgn sesiapa
watak adalah rekaan semata-mata berdasarkan kisah sebenar
yang telah diubah sedikit demi kebaikan semua...heheh
sila jangan terasa !

*********

well, hari ni aku pergi class mcm biasa
tapi aku pergi dgn mood yang tak berapa bagus
sebab nya kepala aku berpusing-pusing
maybe sebab siapkan design ads dan report club
untuk menambah tabung dana bersamamu

so, berjalan lah kaki dari cafe ke class
dan dalam perjalanan itu yang menariknya
ialah perbualan yang dimulakan oleh one of my classmate
here we go...the ajinomoto of my day !


Tukang_Tanya : ermmm...rara, assignment kita mcm mn ek? *sambil sengih-sengih
Tukang_Jawab : huh...  *tetiba jadi rara...ok, tak pe..tp still tak ada feel nak ckp
Tukang_Tanya : rara? mcm mn ek? sbb aku tak tau nak buat apa ni..
Tukang_Jawab : dah 50% siap dah.. *dah berzaman dapat, baru nak tanya ?

Tukang_Tanya : la yeke? kenapa tak cakap...
Tukang_Jawab : hari tu aku ajak bincang tp sorang pun tak nampak batang hidung. due date dah dekat kot, tu yang aku buat dulu  *naik temperature sikit
Tukang_Tanya : kihkihkih...ko tak pe la. ko pandai. result pun gempak.
Tukang_Jawab : haaa, start dah. skrg ni tak payah nak cakap soal pandai. result gempak tu dah jd sejarah. akan datang tak tahu lg... *dah start nak membebel ni. kau sedia
Tukang_Tanya : mmm....  *senyap pulak. redha la tu nak dgr ceramah
Tukang_Jawab : tak ada nya orang lahir terus pandai. pandai itu atas usaha. jenis aku bila aku tak tahu, aku terus google...kalau dah tak tahu sgt, aku tanya la sesiapa. jgn dok senyap je. payah la mcm tu.
Tukang_Tanya : ye la...aku ni malas sikit. tak macam kau, rajin.  *perli ke puji ni?
Tukang_Jawab : okay, senang je masalah ni. ko bukan nya malas tapi tak rajin je. rajin tu ada, cuma tak tahu kat mana ko simpan. kalau ko memang malas, ko dah tak tanya lansung psl assignment kan. kira okay la, ko ada tanya psl assignment. 
Tukang_Tanya : pergh...rara  *terdiam sekejap
Tukang_Jawab : asal? dah la. jom cepat. lepas class, aku okay je kalau kita semua nak discuss kat cafe.  *dgn tak ada perasaan nya terus berjalan
Tukang_Tanya : pedih siot. makan dalam jugak statement ko.
Tukang_Jawab : eh, apa pulak. tak ada makna nya tu. tak yah nak sentap mentap sgt la. betul apa aku cakap.  *tetiba rasa mcm bersalah. still buat-buat tak tahu
Tukang_Tanya : betul lah tu tp tepat kena muka aku...hahaha  *nasib baik ko gelak. maseh :)


actually, Allah pun tak suka kalau
hamba-Nya asyik mengeluh
cuba korang fikir kejap
kalau mengeluh dapat apa je?
kan bagus kalau masa mengeluh tu digunakan untuk
berfikir, bertanya dan sebagainya
masalah settle, jiwa gentle

semua nya perlukan kerajinan
word of the day...eh, everyday sepatutnya
RAJIN dan kalau nak lebih manis bermakna
tambahkan IKHLAS didalam kerajinan korang

seriously, kalau diantara korang
yang pernah buat kerja dengan rajin, gigih dan ikhlas
mesti hati happy je, jiwa pun tenang
semangat dan puas dgn hasil kerja masing-masing
juga dalam ibadah
disitulah kemanisan dan keindahan
menjalani kehidupan

lepas ni cari balik
kat mana kerajinan korang
maybe tersembunyi dibalik hati, minda, etc


kalau korang buat semua benda
main asbol je  *asal boleh
pahala pun asbol jugak
silap-silap dapat dosa je
benda yang sepatutnya tak payah re-work
jadi kena re-do balik
kan dah rugi masa, tenaga dan duit raya
huhuhu....

alang-alang korang penat buat sesuatu kan
biar penat tu berbaloi
so, buat lah dgn ikhlas dan bersungguh-sungguh
tak rugi punya, wa cakap sama lu...


yang penting
buangkan sikap malas dan nyorokkan tak rajin tu
tak rajin tu jgn buang sekali sebab
ia berguna pada satu-satu masa
contohnya, time sakit

hahahaha
time sakit, kalau rajin jugak nak pergi kerja
hentikan lah, karang pengsan
dah jadi menambah kerjaan orang lain pulak
so, tak rajin amat diperlukan disini

rajinlah korang supaya korang : -

  • dapat apa yang korang nak
  • dapat puaskan hati korang dan jugak orang lain
  • dapat pahala
  • dapat membantu orang lain
  • dapat mengubah diri korang ke arah yang lebih baik


sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sebuah kaum itu, melainkan mereka mengubah nasib mereka sendiri " Ar-Ra'du (13):11

sedar tak sedar
badan kita juga rajin
dalam usaha memerangkap lemak 
yang korang tak tukar jadi tenaga
kepada lapisan daging yang hangat diperkatakan
oleh semua orang walau dimana jua anda berada

"alamak, dah gemuk la. nak kurus. nak kurus."

kahkahkah
kehkehkeh



okay, lets stop here
sekian, terima kasih !




p/s : kalau korang rajin baca blog aku ni, aku harap korang rajin solat jugak. jangan sampai lalai dan melalaikan...err, aku rasa macam tak kena pulak ek title rajin dgn tak rajin tu, bukankah lebih sesuai rajin dgn kurang rajin?...wawawa...pape pun, adios !







0 tourist gimme tudor gold chocolate:

Post a Comment

-----> Hurry up sign up HB!Affiliate to enjoy free gift! :)

followers on marching !