Super Happy Smiley

Friday, 22 June 2012

penguat ingatan


Wali Band_Abatasa

assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh
mood weather : sharing is caring..ahaks !


sebagai seorang manusia yang sedang
dan akan sentiasa menuntut ilmu baru
aku nak share lah serba sedikit
tips or amalan yang baik
untuk menguatkan ingatan
serta menajamkan minda

kenapa ianya sangat penting?
sebab kita bukan belajar untuk exam je
tapi belajar untuk hidup dan jugak
bekalan masa hadapan duniawi dan ukhrawi

tak lupa jugak
amalkan apa yang telah dipelajari
dalam kehidupan kita sehari-hari
contohnya sangat dekat dgn kita

tahu bacaan dan rukun solat
bila exam sure-sure dpt A
dan dgn bangganya budget ulama sangat
sebab dah pro pasal solat
tapi bentang sejadah dan solat pun tak pernah
so, no points utk itu !

antara amalannya ialah :-

  • menjauhi maksiat
  • bersungguh-sungguh dan istiqomah
  • menjaga solat fardhu
  • selalu membaca Al-Quran
  • memperbanyakkan selawat
  • membaca doa sebelum belajar
  • memakai wangian
  • bersugi
  • tidak berbual kosong
  • sedikit makan dan minum, berhenti sebelum kenyang
  • sentiasa bergaul dgn orang yang alim & soleh
  • berbekam dikepala

minum susu segar

minum madu di pagi hari

minum air zam-zam

minum air zafa'ran

makan kekacang

makan/minum halia

makan bawang putih
untuk menghilangkan balgham

makan kemenyan putih
rendam di waktu malam dan 
diminum airnya sebelum sarapan

makan kismis hitam
makan sebanyak 7 biji sebelum 
sarapan, tengahari dan sebelum tidur

makan buah kedekai/majalawi

makan kuning telur

makan bunga cengkih

makan lobak merah

makan pegaga

makan arnab / biri-biri

makan ayam

makan labu

*mengurangkan balgham (kahak/lendir)
   tanda-tanda orang banyak balgham :
  • gemuk
  • badan lembik
  • kerap tidur
  • malas
  • lambat bergerak
  • sering lupa

so, adakah korang tergolong dalam 
kelompok orang yang banyak balgham ?
ayooo, macha
kasi sihat la awak punya badan
gemuk-gemuk gajah pun tak ada
malas dan lembik itu macam

bila tubuh badan kita sihat dan cergas
bukan setakat nak belajar pun semangat
ibadah pun jadi khusyuk jugak
senyum tak perlu kata apa-apa
tapi buat apa yang dah dikata

bermula dengan satu bebanan
dipertengahan menjadi satu rutin harian
dan akhirnya ianya menjadi satu keperluan
yang tak mampu ditinggalkan lagi walaupun semalaman
*dah immune dgn kebaikan !


okay, lets stop here
sekian, terima kasih !




p/s : makan pun dapat pahala sbb ikut sunnah...hidup ni bukan susah nak dapat pahala, just kena pandai control diri drpd buat dosa je...sila insaf lama sket...bukan sesaat dua mahupun tiga...huhu...pape pun, adios !








0 tourist gimme tudor gold chocolate:

Post a Comment

-----> Hurry up sign up HB!Affiliate to enjoy free gift! :)

followers on marching !